Berikan ku secangkir kopi,
untuk meyaksi hiburan si politikus membuat dasar dan janji,
biar gelandangan mencari - cari, berlari - lari, asal kota tidak kotor dan basi.
Andai kau faham makna marhaen bodoh sepertiku ini,
poli itu adalah banyak dan ramai, tikus adalah binatang yang suka dengan kekotoran,
jadi jangan kau coba mewangikan makna marhaen bodoh ini,
dengan segulung sijil, sekepuk wang dan sebasah air liur janji.
Saturday, 5 July 2014
Friday, 4 July 2014
DRAMA 5 RAMADHAN 1435H
Petang Ramadhan...
Latifah pulang dengan penuh kepenatan sambil menjijit penuh beg plastik pelbagai makanan yg dibelinya di pasar Ramadhan Stadium Ipoh, Perak.
" Ish, abang ni, tak nampak ke penuh tangan saya pegang beg plastik ni, bukannya nak tolong ke..." Rungut Latifah melihat suaminya khuyuk diruang tamu setibanya dia membuka daun pintu rumah.
Kamal, suami Latifah tenang bermain xbox 360 dengan anaknya di ruang tamu rumah sementara membunuh masa menunggu waktu berbuka.
" Banyaknya awak beli, kita kan bertiga beranak je, ini macam nak buat kenduri, janganlah kita membazir awak..." balas Kamal bingkas membantu.
" Tak de lah, saya teringin, lagipun bukannya selalu nak beli macam ni, nak harap abang, simple2 je makanan abang beli, se simple diri abang "...balas Latifah berbahasa rojak umpama watak kelas atasan drama melayu.
Kamal diam, insan dan genius seperti beliau tidak cepat melatah, apatah lagi untuk memberikan penampor, bukan seperti kebanyakan lelaki masa kini, baran tidak terperi.
Waktu berbuka telah tiba....
" Allahuakbar...Allahuakbar..."
Azan yg indah pun berkumandang memecah hening maghrib yg dingin...
Kamal berdoa bersama anak dan isterinya, memanjat kesyukuran kepada yang maha Esa. Sebelum Latifah mencedok nasi dan menanyakan makanan apa yg hendak dimakan, Kamal mengeluarkan samsung tab 3 beliau...
" Abang nak berbuka pun sempat nak ambil gambar lagi, hurmm, alang - alang kita selfie dulu bang, boleh update status happy family kita dalam fb..."
Kamal senyum, lantas berkata...
" Apa yg abang nak tunjukkan ni lagi best dari selfie dan ambik gambo makanan sayanggg, mari kita sama2 lihat footage ini sebelum makan... "
" Wah, video apa abang, mesti kelakarkan..." Balas Latifah sambil mengunyah murtabak ayam sebagai appetizer.
Lantas mereka diam membisu, video kesengsaraan kanak - kanak Afrika dan kanak - kanak kekurangan zat makanan...
Berucuran air mata Latifah, lantas dibasuhnya tangan dihulurkan tangan kemaafan terhadap Kamal seraya berkata...
" Maafkan Latty abang, marilah kita menjamah tamar dan kemudian mendirikan solat maghrib dahulu..."
Kamal puas, kegeniusannya menjadi lagi....
*Petikan babak drama top ketika ini "Kerana terpaksa, terpaksa jua, kerana juadah berbuka puasa"
Selamat berbuka puasa, bulan penuh kenikmatan bagi yang berjimat cermat.
Artikel asal dari Facebook Faizal Musa
06.07.2014

Subscribe to:
Posts (Atom)