Labun Peje
Ceritera.Pengalaman.Gambaran.
Wednesday, 24 December 2014
Azam Tahun Baru 2015
Azam tahun baru....
atau angan - angan setiap tahun?
Saya berazam untuk terima ejaan baharu!
Friday, 22 August 2014
AKU DAN 'HIJRAH' PERTAMAKU
"Dah makin tua dah kita ni adik..." antara kata - kata abangku Munis setiap kali aku berbual dengannya.
Aku pun rasa dah semakin tua, kadang - kadang aku alpa bila berbual dengan kawan - kawan. Rasa nak 'slow down" pun ada. Rasa nak balik ke zaman di mana vespa dan kamera kompak peneman setia, masjid dan surau tempat persinggahan utama. Kembali 'Lone Ranger' sambil menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa.
Aku teringat satu kisah penghijrahan pertama aku dari kampung halaman. Berbekalkan duit kerja kilang kicap cina Bercham semasa menunggu keputusan SPM, aku dapat membeli sebijik Vespa Super 150 warna hijau Petronas. Motor pertamaku, nombor pendaftaran apa aku dah lupa. Murah je zaman tu RM800 tip top siap tukar nama, tapi aku yang bodoh tak tukar - tukar sampailah 'hilang'.
Awal tahun 2000 masa tu, akibat tekanan remaja seperti aku ni, oleh seorang hamba Allah sebagai abang (bukan abang aku yang ucapkan kata - kata di atas). Aku mula berkelana dengan vespaku, asal tiada tujuan, aku ke Kuala Kangsar, Kampung Pecah Batu, Manong untuk melawat arwah mak saudara dan saudara - saudara yang lain. Bermalam sehari dan terus ke Teluk Batik keesokkannya tanpa tujuan. Ditahan JPJ sebab tak pamerkan lesen L, masa tu aku masih lesen L, aku siap tipu kata vespa ni Pak sedaraku yang empunya, fuhh lega, lepas. Maaf pakcik JPJ. Masa aku lepak di kawasan Tronoh, aku dapat satu idea, baik aku cari abangku Munis di UiTM Shah Alam, lepak dengan dia.
Aku nekad, tiada nombor telefon Munis masa tu, aku beranikan diri gerak ke Shah Alam dari Ipoh, Tronoh lebih tepatnya. Aku sendiri macam tak percaya boleh lepas dengan vespa hijauku, tapi semuanya dengan izin Allah swt jualah adanya. Part yang paling best, aku langsung tak tahu mana abang aku si Munis ni tinggal, hanya berbekalkan seksyen 23/24 Shah Alam tak salah aku, aku melilau mencari beliau. Bayangkan, umur baru 17 1/2 bermotorsikal mencari vespa hitam Munis, ya, dua je 'guide' aku.
1. Seksyen 23/24
2. Vespa Hitam Munis
Ya, sebelum aku sampai aku sesat kat kawasan Batu Tiga, siap berhenti tepi bus stop tanya seorang kakak, dengan takutnya kakak tu tunjuk arah tuju pada aku, ingat lagi malam hari lebih kurang jam 9 lebih, tapi Alhamdulillah juga dia nak tolong. Kembali ke misi mencari rumah Munis, ternyata aku gagal, aku mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah surau. Tidur - tidur ayam, nyamuk sebagai peneman setia, fitrahnya mencari makan untuk dirinya. Sebelum subuh aku mencari kembali rumah Munis, masa tu takde perasan malu atau apa - apa, matlamat aku sangat jelas dan dengan fokus yang jitu kena cari rumah Munis. Malam sebelum tidur disurau aku bertanya brader-brader 'student' lepak kenal ke Munis pakai Vespa Hitam sampailah ke sebelum subuh tersebut bertanya kepada seorang brader yang mengelap kereta barunya, namun hampa. Aku balik ke surau, check dompet, duit tinggal RM5, minyak dah nak habis melilau mencari Munis.
Aku keluarkan semua pakaian aku dari beg galas sekolah dan sumbat dalam peti vespa, aku tak peduli pakaian aku bercampur dengan bau minyak 2T, yang penting aku kena jalankan plan B, gerak ke Kajang, minta bantuan dari kakak aku untuk misi mencari Munis kembali. Aku nak jual beg sekolah aku yang lusuh tu untuk duit minyak ke Kajang. Usai solat Subuh berjemaah di surau aku bermalam, aku mendekati seorang brader yang kemas berbaju kemeja, masa tu aku tiada langsung perasaan malu, lantas terus aku bertanya...
"Assalamuailakum bang, abang nak beli tak beg saya? saya Faizal dari Ipoh, nak cari abang saya tapi tak jumpa rumahnya, sekarang ni saya tiada duit nak ke Kajang, cadang nak cari kakak saya pulak. Maaf saya takde barang yang berharga lain untuk dijual."
Brader tersebut tanpa sebarang soalan terus mengeluarkan duit dari dompetnya dan memberikan aku RM25. Aku ingat lagi nilai tu, dia kata tak perlu bagi beg tu, simpanlah, semoga Allah merahmatinya sentiasa. Brader tersebut adalah brader yang mengelap keretanya sebelum subuh tadi. Mungkin beliau percaya yang aku ni benar - benar mencari abang aku.
Aku terus ke Kajang, kira - kira 35 kilometer dari Shah Alam, highway LDP masa tu dalam pembinaan. Sunyi sepi jalan tu. Setibanya aku di Kajang, arwah mak sudah terpacul di daun pintu menantiku, naluri ibu yang hebat. Macam tahu aku sampai, doanya makbul, mahukan anaknya selamat. Lepas sarapan aku, terus tidur dengan lenanya....
Ibu aku mengambil bas untuk ke Kajang, dia tahu pasti aku ke Kajang, sebab aku takkan dapat jumpa Munis. Mak memang paling terbaik, walau dalam hati aku yakin beliau risau keselamatan anaknya, namun beliau merestui perjalanan aku mencari Munis....
the rest is history...
Apa yang aku ceritakan ini bukanlah nak menunjuk yang aku ni susah atau baik atau nak poyo umur 17 1/2 dah naik motor sorang - sorang ke Shah Alam tapi mengimbau kenangan lalu dan kongsikan dalam entri kali ini, ada manusia diluar sana yang lebih power 'adventure'nya.
Sepertimana quote abangku Munis di atas, aku rasa aku kena slow down dengan semua benda dan kembali mencari 'adventure' mendekatkan diri dengan yang maha Esa.
Jika izin Allah sempat menjangkau 40, takkan aku nak sia-siakan. Moga sebelum 40 aku pergi, aku sempat bertaubat dan terus bertaubat.

![]() |
| Bunyian peneman ketika itu |
Saturday, 5 July 2014
GELANDANGAN DAN KEKOTORAN SI POLITIKUS
Berikan ku secangkir kopi,
untuk meyaksi hiburan si politikus membuat dasar dan janji,
biar gelandangan mencari - cari, berlari - lari, asal kota tidak kotor dan basi.
Andai kau faham makna marhaen bodoh sepertiku ini,
poli itu adalah banyak dan ramai, tikus adalah binatang yang suka dengan kekotoran,
jadi jangan kau coba mewangikan makna marhaen bodoh ini,
dengan segulung sijil, sekepuk wang dan sebasah air liur janji.

Friday, 4 July 2014
DRAMA 5 RAMADHAN 1435H
Petang Ramadhan...
Latifah pulang dengan penuh kepenatan sambil menjijit penuh beg plastik pelbagai makanan yg dibelinya di pasar Ramadhan Stadium Ipoh, Perak.
" Ish, abang ni, tak nampak ke penuh tangan saya pegang beg plastik ni, bukannya nak tolong ke..." Rungut Latifah melihat suaminya khuyuk diruang tamu setibanya dia membuka daun pintu rumah.
Kamal, suami Latifah tenang bermain xbox 360 dengan anaknya di ruang tamu rumah sementara membunuh masa menunggu waktu berbuka.
" Banyaknya awak beli, kita kan bertiga beranak je, ini macam nak buat kenduri, janganlah kita membazir awak..." balas Kamal bingkas membantu.
" Tak de lah, saya teringin, lagipun bukannya selalu nak beli macam ni, nak harap abang, simple2 je makanan abang beli, se simple diri abang "...balas Latifah berbahasa rojak umpama watak kelas atasan drama melayu.
Kamal diam, insan dan genius seperti beliau tidak cepat melatah, apatah lagi untuk memberikan penampor, bukan seperti kebanyakan lelaki masa kini, baran tidak terperi.
Waktu berbuka telah tiba....
" Allahuakbar...Allahuakbar..."
Azan yg indah pun berkumandang memecah hening maghrib yg dingin...
Kamal berdoa bersama anak dan isterinya, memanjat kesyukuran kepada yang maha Esa. Sebelum Latifah mencedok nasi dan menanyakan makanan apa yg hendak dimakan, Kamal mengeluarkan samsung tab 3 beliau...
" Abang nak berbuka pun sempat nak ambil gambar lagi, hurmm, alang - alang kita selfie dulu bang, boleh update status happy family kita dalam fb..."
Kamal senyum, lantas berkata...
" Apa yg abang nak tunjukkan ni lagi best dari selfie dan ambik gambo makanan sayanggg, mari kita sama2 lihat footage ini sebelum makan... "
" Wah, video apa abang, mesti kelakarkan..." Balas Latifah sambil mengunyah murtabak ayam sebagai appetizer.
Lantas mereka diam membisu, video kesengsaraan kanak - kanak Afrika dan kanak - kanak kekurangan zat makanan...
Berucuran air mata Latifah, lantas dibasuhnya tangan dihulurkan tangan kemaafan terhadap Kamal seraya berkata...
" Maafkan Latty abang, marilah kita menjamah tamar dan kemudian mendirikan solat maghrib dahulu..."
Kamal puas, kegeniusannya menjadi lagi....
*Petikan babak drama top ketika ini "Kerana terpaksa, terpaksa jua, kerana juadah berbuka puasa"
Selamat berbuka puasa, bulan penuh kenikmatan bagi yang berjimat cermat.
Artikel asal dari Facebook Faizal Musa
06.07.2014

Monday, 30 June 2014
AWAL RAMADHAN DAN FELIXIA YEAP
"Jeng je jeng jeng jeng" ringtone lagu rock dangdut telefonku berbunyi...
" Heloo, Asalamualaikum... " nadaku baru bangun tidor
" Maaf, saya tak boleh jawab salam awak, belum lagi...." Suara pelat2 ayu mendayu di speaker Lenovo ap setku.
" Awak, jangan lupa niat puasa tau, jangan lupa mandi wajib, jangan lupa solat lima waktu dan jangan lupa tarawih, mengaji dan bertasbih kepadaNya, moga kita dapat kerahmatannya..." Sambung suara ayu itu
Belum sempat aku bertanya siapakah gerangan disana, beliau memberitahu....
" Saya Felixia Yeap, okay ya...jaga diri, bye! "....panggilan pun terputus...
" Sebab tu saya semangat berjubah, bercelak dan berserban ni sayang "...penuh waja ku menceritakan kepada isteriku.
" Ye la bang, Felixia Yeap, ye la....abang kena banyak keluar dari bilek dan bawak kami jalan2 makan angin. Banyak sangat berinternet ni.... " jebik isteriku...
Artikel asal dari Facebook Faizal Musa
28.06.2014

Saturday, 28 June 2014
BISKUT RAMADHAN UNTUK SYAWAL
Bulan Ramadhan adalah bulan pesta, pesta makanan yang akan menyempurnakan segala ibu nafsu ketika itu. Di kala malam pula, berebut - rebutlah umat manusia mengerjakan solat sunat Tarawih bagi mengumpul dana akhirat selama seminggu setengah seadanya. Begitu jua bagi pengemar mengumpul dana dunia.
Bohonglah kalau aku juga tidak terkecuali, walaupun niat kita kukuh dan gigih semata - mata mengabdikan diri kepadaNya, namun cabaran di atas adalah perkara lumrah. Berniaga di bulan Ramadhan ni juga keuntungannya duniawinya lebih baik dari bulan - bulan yang lain. Ini satu lagi dugaan yang Sang Pencipta beri kepada kita. Beraneka jenis makanan yang tak jumpa masa bulan - bulan Islam yg lain dan hanya jumpa pada bulan Ramadhan sahaja, sebagai contoh, aku ambil kesah biskut raya.
" Jai, akak ade kueh Almond London...murah ajeee"....Kak Biah.
" Bro, mau Chelsea Sprinkles, sedap bhai, bini wa bikin... " Pakcik Abu Drebar Bas.
" Sahabat, mau try kuih Suarez Bites tak?...raya kali ni mesti best kalau kau ada biskut ni..." Peminat Suarez.
Antara dialog wajib menjelang puasa ini, cuma tambah sarkastiknya sahaja. Arwah mak aku dulu pun buat kuih juga menampung hidup kami sekeluarga, tapi sekadar kuih bangkit/bakar dan kerepek bawang je lah... nama pelik - pelik ni arwah mak aku tak pernah terpikir pun. Aku pun ingat kalau nak bikin biskut raya, aku nak namakan ' biskut kaler - kaler lawa rasa giler sedapnyer ' atau " Kerana Terpaksa Aku Relakan Sedap Rasa " atau " Sebenarnya Itu Biskut Aku ". Aku juga rasa dekad ini nama kuih atau biskut raya perlulah lebih hip, kewl dan menarik minat remaja untuk menjamahnya dan berselfie dengannya seperti,
SAP KOK LU ( Batang Burok )
ITE UKE KIT KIT ( Dodol )
SOME WAT ( Samprit )
TARRIZZZ ( Tat Nenas )
Kreatif bak hang!
Tujuan aku merepek disini bukan untuk mengutuk atau mengata orang yang mencari rezki dengan menjual kuih atau biskut raya, sebab aku coretkan tadi, arwah emakku juga begitu dahulu. Cuma dalam Islam ada kesederhanaan, manakala dalam Melayu ada kebudayaan. Ada perkara elok dimodenkan, atau perkara elok dikekalkan, itulah jati diri dan budaya anak bangsa. Selain satu masa nanti pupusnya konda - kondi, galah panjang dan sebagainya pupuslah juga kuih - kuih dan biskut - biskut turun temurun nenek moyang kita.
Untuk moral keagamaan, sila rujuk blog atau guru yang pakar dalam bidang Islam yang menyediakan fakta dan nas - nas Al -Quran. Saya bukan ostad Google atau ostad Facebook nak kopipes masuk dalam sini tanpa study semata - mata mencari likers berjuta - juta supaya diminati.
Akhir kata, kalau buat sarang semut, janganlah guna cokelat Cardbury, gunakalah Van Houten!
Viva Ramadhan! Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan!
LIKE if you MUSLIM, COMMENT if you NOT...eh wait? it's not Facebook is it?
Cilake punye Batak Likers

Friday, 27 June 2014
KISAH BOLA DAN CINTA BAHAGIAN DUA
Usai solat maghrib di surau RPT, baru sahaja Imam Pak Ali Payung memberi salam kedua, bingkas Fakhrul bangun untuk keluar dari surau, ditenung tajam dan diberi isyarat oleh Pak Hashim, bermaksud berdoalah dulu. Fakhrul libang - libu, tapi atas isyarat otai kampung, duduklah jua si Fakhrul kembali menadah tangan memohon kepada yang maha Esa. Jangan main gila dengan otai - otai kampung sebegini, mereka ni dululah membanting tulang membuka setinggan sekitar kampung Seri Klebang ini satu ketika dahulu.
Setelah doa ringkas, ketika imam dan makmum masih lagi berwirid, Fakhrul menunduk meminta izin mengundur diri, isyarat ok oleh Pak Hashim menyenangkan hatinya. Sebelum beredar keluar, Fakhrul membisikkan ditelinga Pak Hashim, " Time kasih pak Ein, nanti saya dengan Poji dan Keden cuci kolah surau ye...". Terus Fakhrul meninggalkan surau tersebut.
"Preng, peng peng..." motor honda cup c70 dengan karburator bukak angin dan ekzos potong memecah hening senja RPT Chepor, Fakhrul memulas 'throttle' sekuat mungkin, ketika itu motor Fakhrul tidaklah setanding dengan motor otai2 seperti motor Din Ali Basah, motor Botak wak Rasid dan apatah lagi motor dak dak Man Bengong, namun sebagai tradisi kampung, permulaan motor pawer kena bukak angin, bukak anginlah jualah Honda cup c70 Fakhrul itu.
"Alhamdulillah, line clear..." berkata Fakhrul, melihat talipon awam tidak digunakan lagi, dia tahu lepas maghrib bukan waktu 'peak period' penggunaan talipon awam. Sambil mengorek - ngorek celah songkok sebagai tempat simpanan syiling. Sekupang ditaburkan kedalam perut talipon awam itu. Tiba - tiba,
"Ah, mase ni lah pulak kau nak tersekatttt, aku dah la bawak sekupang je ni!" bentak Fakhrul, sambil menghentak - hentak talipon tersebut, perkara stendet juga dilakukan pabila talipon menelan duit penggunanya. " Cilake, kalau aku beli UNIPHONE KAD seploh hengget pun takpe camni "....rungut Fakhrul penuh derita.
Rezeki Fakhrul, duit sepuluh sen nya tadi jatuh dari perut talipon itu setelah hentakan bertubi -tubi dilakukannya, dikutipnya kembali, sambil mengaplikasi teknik - teknik rare memasukkan syiling ke dalam talipon awam untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi, kali ini dia berjaya.
Nombor di dail penuh hati - hati, 291XXXX
"Tut, Tut, Tut, Tut...Hello, Asalamualaikum.." suara ayu Fatimah menjawab talipon, bergetar seluruh tubuh Fakhrul mendengar ungkapan salam itu,
Fakhrul pun membalas dengan nada gemuruh...
"Waala..Waalaikumsalam, Fa..Fatimah ke ni?".
"Ya saya, siapa tu ye?" Fatimah membalas.
"Fak, Fak, Fakhr...." belum sempat Fakhrul mengabiskan ayatnya ...
"Eii, tak senonohnya!!" terus Fatimah meletak talipon...
Fakhrul facepalm, "Hadoi, apsal la aku ni gabra pulak, maleh betoi nak korek tabung ambik duit syiling ni..."
Duit yg disimpan tak seberapa tu sebenarnya hanyalah untuk membeli karburator TX 2nd dan juga kasut bola kain Foong Keong.
Hampa Fakhrul, sayang sekali skill dipadang bola tidak selancar kata - kata dari mulutnya, namun Fakhrul tidak berputus asa. "Takpe, besok balik sekolah aku try ajak dia makan laksa kat kedai Koboi..."
Bersambung...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
24.06.2014

Subscribe to:
Posts (Atom)