"Jeng je jeng jeng jeng" ringtone lagu rock dangdut telefonku berbunyi...
" Heloo, Asalamualaikum... " nadaku baru bangun tidor
" Maaf, saya tak boleh jawab salam awak, belum lagi...." Suara pelat2 ayu mendayu di speaker Lenovo ap setku.
" Awak, jangan lupa niat puasa tau, jangan lupa mandi wajib, jangan lupa solat lima waktu dan jangan lupa tarawih, mengaji dan bertasbih kepadaNya, moga kita dapat kerahmatannya..." Sambung suara ayu itu
Belum sempat aku bertanya siapakah gerangan disana, beliau memberitahu....
" Saya Felixia Yeap, okay ya...jaga diri, bye! "....panggilan pun terputus...
" Sebab tu saya semangat berjubah, bercelak dan berserban ni sayang "...penuh waja ku menceritakan kepada isteriku.
" Ye la bang, Felixia Yeap, ye la....abang kena banyak keluar dari bilek dan bawak kami jalan2 makan angin. Banyak sangat berinternet ni.... " jebik isteriku...
Artikel asal dari Facebook Faizal Musa
28.06.2014
Monday, 30 June 2014
Saturday, 28 June 2014
BISKUT RAMADHAN UNTUK SYAWAL
Bulan Ramadhan adalah bulan pesta, pesta makanan yang akan menyempurnakan segala ibu nafsu ketika itu. Di kala malam pula, berebut - rebutlah umat manusia mengerjakan solat sunat Tarawih bagi mengumpul dana akhirat selama seminggu setengah seadanya. Begitu jua bagi pengemar mengumpul dana dunia.
Bohonglah kalau aku juga tidak terkecuali, walaupun niat kita kukuh dan gigih semata - mata mengabdikan diri kepadaNya, namun cabaran di atas adalah perkara lumrah. Berniaga di bulan Ramadhan ni juga keuntungannya duniawinya lebih baik dari bulan - bulan yang lain. Ini satu lagi dugaan yang Sang Pencipta beri kepada kita. Beraneka jenis makanan yang tak jumpa masa bulan - bulan Islam yg lain dan hanya jumpa pada bulan Ramadhan sahaja, sebagai contoh, aku ambil kesah biskut raya.
" Jai, akak ade kueh Almond London...murah ajeee"....Kak Biah.
" Bro, mau Chelsea Sprinkles, sedap bhai, bini wa bikin... " Pakcik Abu Drebar Bas.
" Sahabat, mau try kuih Suarez Bites tak?...raya kali ni mesti best kalau kau ada biskut ni..." Peminat Suarez.
Antara dialog wajib menjelang puasa ini, cuma tambah sarkastiknya sahaja. Arwah mak aku dulu pun buat kuih juga menampung hidup kami sekeluarga, tapi sekadar kuih bangkit/bakar dan kerepek bawang je lah... nama pelik - pelik ni arwah mak aku tak pernah terpikir pun. Aku pun ingat kalau nak bikin biskut raya, aku nak namakan ' biskut kaler - kaler lawa rasa giler sedapnyer ' atau " Kerana Terpaksa Aku Relakan Sedap Rasa " atau " Sebenarnya Itu Biskut Aku ". Aku juga rasa dekad ini nama kuih atau biskut raya perlulah lebih hip, kewl dan menarik minat remaja untuk menjamahnya dan berselfie dengannya seperti,
SAP KOK LU ( Batang Burok )
ITE UKE KIT KIT ( Dodol )
SOME WAT ( Samprit )
TARRIZZZ ( Tat Nenas )
Kreatif bak hang!
Tujuan aku merepek disini bukan untuk mengutuk atau mengata orang yang mencari rezki dengan menjual kuih atau biskut raya, sebab aku coretkan tadi, arwah emakku juga begitu dahulu. Cuma dalam Islam ada kesederhanaan, manakala dalam Melayu ada kebudayaan. Ada perkara elok dimodenkan, atau perkara elok dikekalkan, itulah jati diri dan budaya anak bangsa. Selain satu masa nanti pupusnya konda - kondi, galah panjang dan sebagainya pupuslah juga kuih - kuih dan biskut - biskut turun temurun nenek moyang kita.
Untuk moral keagamaan, sila rujuk blog atau guru yang pakar dalam bidang Islam yang menyediakan fakta dan nas - nas Al -Quran. Saya bukan ostad Google atau ostad Facebook nak kopipes masuk dalam sini tanpa study semata - mata mencari likers berjuta - juta supaya diminati.
Akhir kata, kalau buat sarang semut, janganlah guna cokelat Cardbury, gunakalah Van Houten!
Viva Ramadhan! Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan!
LIKE if you MUSLIM, COMMENT if you NOT...eh wait? it's not Facebook is it?
Cilake punye Batak Likers

Friday, 27 June 2014
KISAH BOLA DAN CINTA BAHAGIAN DUA
Usai solat maghrib di surau RPT, baru sahaja Imam Pak Ali Payung memberi salam kedua, bingkas Fakhrul bangun untuk keluar dari surau, ditenung tajam dan diberi isyarat oleh Pak Hashim, bermaksud berdoalah dulu. Fakhrul libang - libu, tapi atas isyarat otai kampung, duduklah jua si Fakhrul kembali menadah tangan memohon kepada yang maha Esa. Jangan main gila dengan otai - otai kampung sebegini, mereka ni dululah membanting tulang membuka setinggan sekitar kampung Seri Klebang ini satu ketika dahulu.
Setelah doa ringkas, ketika imam dan makmum masih lagi berwirid, Fakhrul menunduk meminta izin mengundur diri, isyarat ok oleh Pak Hashim menyenangkan hatinya. Sebelum beredar keluar, Fakhrul membisikkan ditelinga Pak Hashim, " Time kasih pak Ein, nanti saya dengan Poji dan Keden cuci kolah surau ye...". Terus Fakhrul meninggalkan surau tersebut.
"Preng, peng peng..." motor honda cup c70 dengan karburator bukak angin dan ekzos potong memecah hening senja RPT Chepor, Fakhrul memulas 'throttle' sekuat mungkin, ketika itu motor Fakhrul tidaklah setanding dengan motor otai2 seperti motor Din Ali Basah, motor Botak wak Rasid dan apatah lagi motor dak dak Man Bengong, namun sebagai tradisi kampung, permulaan motor pawer kena bukak angin, bukak anginlah jualah Honda cup c70 Fakhrul itu.
"Alhamdulillah, line clear..." berkata Fakhrul, melihat talipon awam tidak digunakan lagi, dia tahu lepas maghrib bukan waktu 'peak period' penggunaan talipon awam. Sambil mengorek - ngorek celah songkok sebagai tempat simpanan syiling. Sekupang ditaburkan kedalam perut talipon awam itu. Tiba - tiba,
"Ah, mase ni lah pulak kau nak tersekatttt, aku dah la bawak sekupang je ni!" bentak Fakhrul, sambil menghentak - hentak talipon tersebut, perkara stendet juga dilakukan pabila talipon menelan duit penggunanya. " Cilake, kalau aku beli UNIPHONE KAD seploh hengget pun takpe camni "....rungut Fakhrul penuh derita.
Rezeki Fakhrul, duit sepuluh sen nya tadi jatuh dari perut talipon itu setelah hentakan bertubi -tubi dilakukannya, dikutipnya kembali, sambil mengaplikasi teknik - teknik rare memasukkan syiling ke dalam talipon awam untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi, kali ini dia berjaya.
Nombor di dail penuh hati - hati, 291XXXX
"Tut, Tut, Tut, Tut...Hello, Asalamualaikum.." suara ayu Fatimah menjawab talipon, bergetar seluruh tubuh Fakhrul mendengar ungkapan salam itu,
Fakhrul pun membalas dengan nada gemuruh...
"Waala..Waalaikumsalam, Fa..Fatimah ke ni?".
"Ya saya, siapa tu ye?" Fatimah membalas.
"Fak, Fak, Fakhr...." belum sempat Fakhrul mengabiskan ayatnya ...
"Eii, tak senonohnya!!" terus Fatimah meletak talipon...
Fakhrul facepalm, "Hadoi, apsal la aku ni gabra pulak, maleh betoi nak korek tabung ambik duit syiling ni..."
Duit yg disimpan tak seberapa tu sebenarnya hanyalah untuk membeli karburator TX 2nd dan juga kasut bola kain Foong Keong.
Hampa Fakhrul, sayang sekali skill dipadang bola tidak selancar kata - kata dari mulutnya, namun Fakhrul tidak berputus asa. "Takpe, besok balik sekolah aku try ajak dia makan laksa kat kedai Koboi..."
Bersambung...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
24.06.2014

KISAH BOLA DAN CINTA BAHAGIAN SATU
Padang R.P.T Chepor, berhadapannya terletak surau kampung. Fakhrul dan rakan2 sekampung rancak bermain bola disitu. Dia merupakan seorang pemain sayap kiri, biasalah kan, team kampung, winger pun empat orang belum lagi midfield, striker koman2 lapan, defend je sorang nyembang dengan keeper bersarungkan selipar sebagai glove.
Fatimah, gadis kampung idaman Malaya, rambut mengurai jika ditiup angin menyerikan lagi wajahnya, liuk lenggok dan tutur katanya lembut sekali, stended gadis kampung drama melayu.
Setiap petang, setiap kali Fatimah mengayuh basikal sepanjang jalan antara surau dan padang itu, matanya akan melirik2 jejaka2 kampung bermain bola. Kebetulan pada satu petang, Fakhrul yg pada mulanya selalu 'cop' di sebelah kiri, beralih ke sebelah kanan, bagi memudahkannya 'show off' skill Zidane dengan hajat menambat hati Fatimah.
Alangkah indah petang itu, team Fakhrul kena dulu, secara otomatisnya team dia kena buka baju bagi membezakan pihak lawan. Berbekalkan badan sedap2 mata memadang, umpama memandang kayu tiang gol, Fakhrul mengikat bajunya kepinggang. Fatimah seperti biasa pun lalu sambil melirik2 mereka yg bermain bola. Fakhrul mula menunjukkan skillnya sambil dikerumuni 7 sayap kiri pihak lawan. 'Bam, bam, piap, huak! Lepas kesemuanya, lalu Fakhrul membuat hantaran lintang ke arah pintu gol, tandukan cantik Kudin Fowler, golll! Sempat Fakhrul melihat ke arah Fatimah yang senyum kepadanya...
" Yes, dia senyum kat aku!, malam ni aku nak talipon dia juga, dah lama dia memendam perasaan kat aku ni, aku yakin, seyakin pengurus England! "....melantun jiwanya, sementara Fakhrul mengelamun meleret dengan perasaan sambil jasadnya melihat arah surau, sudah empat gol dibalas oleh pihak lawan dan dua gol oleh pihaknya.
Pada malam itu, berbekalkan syiling sekupang dan bersaksikan 'public phone' di kedai warung wak sakip, Fakhrul memberanikan diri menalipon rumah Fatimah....
Bersambung....

GADIS HOT!
Seorang rakanku ternampak kecantikan seorang gadis berhampiran kami...
" Jai, hot la awek tu...cunnn siottt! "
" Lagi hot dia ' kat sana ' nantikan? "....sambil hati menahan sebak dengan liuk badannya...
Seraya itu, tunduklah rakanku memintal - mintal tisu sambil mengumat - ngamit mulutnya, tidak pasti samada bertasbih, beristiqfar atau menyumpah aku kerana mengendurkan syahwatnya.
" Ala rilek la bro, dengan kau je aku jadi yizulmik ni, xde kau tadi kelaut gak aku "...aku cuba merealitikan keadaan semasa.
*sebenarnya aku tersangatlah lapor jadi tidak bernafsu melihat gadis kerana nafsu makan telah mengatasinya.
Selamat berpuasa...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
20.06.2014

RAMDAN DAN ABANG MAN JHEOA
Tatkala Ramdan membelek pc pejabatnya seraya beliau berkata...
" Abang Man, Lawo betoi saye nengok Felixia Yeap ni berhijab, sejuk mate mandangnya..."
" Kalaulah dia jadi isteri saya, Insha Allah saya bimbingnya hingga ke Jannah."....sambung Ramdan dengan penuh bersemangat.
Abang Man yang pada mula asyik membaca Harakah, meletakkan surat khabar politik tersebut sambil menjawab...
" Ala Ramdan, tak payah tunggu Felixia Yeap, Shiru anak Jap orang asli Kuala Terla tu dekat je, baru minggu lepas nampak dia makan tupai golek masa abang buat pemantauan di kampung deme tu, kau tarbiyah la kejalan yang benar...."
" Kau tu sebenarnya nafsu yang lebih...." Abang Man pun beredar sambil menyalakan rokok Manchester.
Sunyi sepilah Pejabat JHEOA Cameron Highlands dengan bunyi cengkerik dan unggas.
Artikel asal Facebook Faizal Musa
11.06.2014

RESAH GELISAH DI MAMAK NAINA
"Kadangkala nak bagi ilmu pun kena merayu, jujurpun dikata sombong"...keluh aku
"Apenye Pejai, tetibe je..." tegur Atan yg sedang menikmati mee goreng.
"Entahlah Tan, aku kadang2 bior deme kate sombong tak ngape, dari bagi ilmu tapi idak juge dihormat pun deme"....dengan nada sayu dan pilu dihiasi dengan bunyi pengulas gusti di tv di restoran mamak Naina.
Hari ni saja dah tiga kali aku melepak disana, pertama waktu tengahari bersama si kacak Zam, berbadan kecil tapi kemas pakaiannya, talipinggan pun berkilat, dia sapu guna pengilap kiwi barangkali. Kedua pulak, lepas asar dengan si Izni, berdebat aku kejap dengan dia, dan yang ketiga kali pula dengan si Atan yang nampak kurang pintar tapi kerja di oversea sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat di UK, katanya lah...kalau dia tukang sapu, maknanya dia menipu aku.
Lamunan ku tersentak lalu ku mendongak....gemuruh rasa...
Atan pun menyambung ungkapannya...
" Ala, Pejai, aku kenal sangat ang la, ang jenis suka nolong dan tak kedekut ilmu, tapi kadang2 orang take for granted dengan ang..." penuh dengan slang South London Atan berbahasa Inggeris.
" Ang pun jangan straight foward sangat...nampak ketidakpuashatiannya..."
" Macam nilah Pejai, sebagai kawan lama, aku nasihatkan kat ang, stick to your original plan, no more setback, no more diversion, do your best forget the rest..." tenang je si Atan ni berbahasa Inggeris dengan aku, sambil menampakkan cili di celah giginya...
Tapi betul juga kata Atan ni, kadang - kadang kita terlalu memikirkan orang lain, sampai matlamat asal kita terbantut.
Artikel asal Facebook Faizal Musa
12.06.2014

MONOLOQUE MUZIKA KU
Kisah dan kenangan
Minggu lepas....
Terserempak dengan kawan lama, Halil Tasek dekat A.K Bercham teringat cerita 17/18 tahun dulu. Dia mentor gitar aku, walaupun kami main tak sepower budak2 Bodysurf dan sewaktu dengannya ketika itu namun era 90an' adalah dimana zaman remaja tidak melangut lagi di siber kafe sebagai hiburan dan menjadi keyboard warrior sebagai kayu ukur pengetahuan umum.
Simpan duit belanja sekolah semata2 nak berjamming, tak cukup duit, ajak kengkawan tong2 dan bagi join tengok sekali. Cari zine2 indie yg tahap sadis printingnya sebagai influence dan line up yang tangkap muat untuk jamming.
Bermula dengan OAG anthem "60's Tv" belajar main 3/4 power chords kemudian antara lagu wajib, "Fgment Thy Gift", "Fourth Night Of Revelation", dan lagu2 Nirvana manakala lagu pengambil hati kengkawan yg menonton, "Bujang Senang" dan "Lena diulit Intan". Boleh sing along kate deme.
Beralih ke zaman The Pilgrims dengan lagu "Grief", "Runaway Cover" dan sikit2 lagu britpop...
Tahun 1997, berpindah sekolah SMKJT Ipoh dari SMC Chemor, kenal dengan Along Mohd Hamizal B. Razali, dengan dia banyak influence dari Band Butterfinggers dan (Silverchair?)
"Girl Friday", "Stolen", "Faculty Of Mind" dan macam - macam lagi...
Adik beradikku semuanya bermain muzik, walau bukan secara pro, minat pada seni itu mungkin dari dalam darah kami. Dari abangku Zaini, Abangku Izam yang bersama abang Semang a.k.a abang Azman Md Nayan di zaman hujung 80'an.
Ironinya, aku tak pernah jamming bersama abang2 aku sendiri, kecuali Munis Musa itupun 2/3 kali sahaja sehingga ke hari ini, padahal dia adalah banyak beri pengaruh dengan pelbagai genre muzik hingga yang terakhir eksperimental muzik SPACE GAMBUS EXPERIMENT. Dia kini bersara.
Aku juga dah "gantung gitar', dan boleh kata dalam berempat beradik lelaki, aku paling kurang dari skill dan teknikalnya. Abang2ku kini banyak mengabdikan diri kepada Allah swt....
Aku pun harap begitu juga, mungkin zaman dah berlalu barangkali...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
04.06.2014

KENANGAN SETINGGAN
Sedang tenang bertugas di Salak ni, terjumpa dengan Cik Li dan Cik Ro, berhenti seketika sambil makan bersama, dan berbual mengimbau kenangan lama. Mereka ni jiran bersama2 tinggal di Setinggan D Kg Seri Klebang. Hidup dalam serba kekurangan tanpa keperluan asas namun masih seronok bersama umpama satu keluarga besar. Dari kesusahanlah datangnya kreativiti, datangnya persamaan dan ukhwah. Anak2 sekitar bermain menggunakan apa yg ada disekeliling sebagai permainan, berkelah bersama dibawah pokok....
Long story short....kenangan terindah.
Teringat kepada Pak Jabo kawan baik zaman setinggan dan anakanda Pakcik Li dan Makcik Ro
Artikel asal Facebook Faizal Musa
01.06.2014

IPOH DIKALA PETANG BAHAGIAN TIGA
Sambungan...
Aku lipat kembali harian metro itu, cukup sudah bahagian sukan, walaupun muka hadapan metro terpampang gambar keseksian Che Ta, tak memberi kesan terhadap genius seperti aku.
"Okay lah Man, aku terus terang je la, aku minat fotografi. Isteri aku pun merestuinya, cuma pesannya, jangan dah kaya nanti pergi enjoy ke sempadan siam udah."
Man memberi reaksi kurang selesa,tergigit cili agaknya. Jaga2 Man, makan luar selalu sangat ni boleh pedih ulu hati.
"Man, ingat tak zaman kita mula2 dapat lesen moto dulu, sape yg tukang nangkap gambo trip kite dari Ipoh ke Lumut? Kome sekupang pun tak tong - tong, tp tak sabo2 suh aku cuci kodaknya..."
"BANYAK KALI TAU! BANYAK KALI!"...penuh ekspresi mukaku, berubah intonasi disulami gaya persis ahli politikus berkempen menjelang pilihanraya.
"Tapi, aku penah berkire dengan mengkome dak?..." Kembali aku tenang,
"Ade aku marah kome, takdan aku nak puas belek, udah kome berebut ngambik gambo kome sekor2. Ade aku marah...idakkkk..."
Aku lihat Man berubah, sisi sensitifnya mula terserlah, banyak sangat karaoke lagu spoon,scoin agaknya.
"Aku tau ko minat yop, tapi buleh survive ke, boleh hidup ke bidang ni?..."
Aku nampak niat Man baik, dia takut aku gagal dan terjerumus dalam kegagalan barangkali.
"Chor, rezki ni hak Allah swt, kite kene berusaha..."
"Macam aku cakap tadi, orang asing boleh survive kat Malaysia, apatah lagi kita rakyatnya..."
Aku tak mahu berbual panjang lagi, maklumlah Mercedes Benz ayah mertuaku yang empunya, aku perlu memulangkan secepat mungkin, jika tidak nanti mengudang masalah untuk ayah mertuaku bermain badminton dengan rakan2nya. Kalau ditoreh kulit bapa mertuaku, pasti keringat badminton yg mengalir keluar. Kira okaylah dari taksub dengan teropong dan kelapa...
Aku melabuhkan punggungku dari kerusi plastik, Man pun sudah menghabiskan mee ape ntahnya...Suasana asing di restoran ini masih tidak berubah.
Sesudah bersalaman dan ingin meninggalkan Man....
"Kita orang Malaysia ni, kalau jumpa lubang tengah jalan, berbakul2 mengata dan menghina org yg bertanggungjawab atau sesiapa sahaja yg menguruskannya, walhal sebagai Islam, jika kita menutup dan memberi amaran tentang lubang tu dah dapat pahala jariah kita, sebab berbakti kepada masyarakat, rezki jugak tu..." Aku berkias...
"Jadi Man, jangan skeptikal, aku dulu pun macam mike gak...jumud, kalau tak makan gaji,mati....kita lupa kuasa sang pemberi rezki"....
"Cume jangan malas, dan tak berdisplin, tengok mat - mat Nepal ni, siap bukak restoran lagi kat tengah2 pekan, dan mike pulak steady je hirup kuah mee dia, dah makan jangan was - was pulak...."
Assalamualaikum...
Berlaluku pergi meninggalkan Man di hadapan restoran nepal sebaris kedai Chan Sam Lock. Sempat aku melihat Man sebelum memasuki kereta, muka Man pucat lesi...
Man, man....
Tammat
Artikel asal Facebook Faizal Musa
07.04.2014

IPOH DIKALA PETANG BAHAGIAN DUA
Sambungan....
"Ye, aku dah berenti koje"....nada acuh tak acuh aku menjawab, sambil membelek harian metro dibahagian sokan sambil menghitung kemampuan Liverpool utk menjuarai liga perdana inggeris musim ini, manakala Perak FA terus tejerombam ke dasar liga...gembira bercampur pedih...
"Sori bro, aku bukan nak menyibuk urusan ko...tapi ko pahamla kan, bukan senang nak dapat koje, lepas tu pulak, bisnes yg ko cebur ni, tepu je...."...penuh dengan nada defensif, macam tau2 ja aku malas nak bangkitkan isu ini...
Man memesan makanan dan ingin belanja aku, namun aku menolak...
aku hanya menunggu untuk membunuh masa dikala hujan sebegini, masa yg dibunuh dengan kejam...
"Chor..."balasku,
"Aku faham maksud mike, tapi lihatlah sekiling kita..."
"Bandar Timah ini, dahulunya penuh dengan anak jatinya, tak kira dari pahaman mana, baik rocker, punk, skinhead atau ape jenis kutu skalipun..."..aku cuba bermetafora, man berkerut, riak wajahnya menterjemahkan..."ape yg ko merepek ni setan!"....
Aku menyambung...
"Our town are being overun by the imigrants"...sambil otak kiri cuba menterjemahkan ayat aku yg seterusnya...
"Man, depe tinggal anak bini, saudara mara kekasih hati, ketua samseng dan ah long deme utk menchargi rezki kat sini...."
aku gagal dalam menterjemahkan ayat tersebut dlm bahasa inggeris atau rojakkannya seperti drama2 korporat melayu....aku gagal!
"Bende tu dah lame yop, ce straight to the point je"....celah man sambil menghirup mee yg dipesannya...ah, dia pun dah mula keluor bahase omputeh...
Aku tenung man, tenung sepenuh2nya kedalam matanya tanpa berbicara sepatah pun, riak muka aku, tak pasti. Tiada cermin disisi, namun dari jiwa ekspresiku,pantang mencelah sedang aku berbicara....
Man mengecut, seakan faham...padahal man ni boleh tahan barannya, satu ketika dulu, tahun 1999 tak salah, pernah nak ditimboknya anak cina yg memerhatikan man mengorek hidungnya dengan penuh biadap di bustop kedai kasut jayasama...
Tapi aku sempat menghalang, aku bisikkan di telinga man, "budak cine tu ushar ang, sebab ang salat kat beg dia"....
Berbalik kepada tenungan tadi,
Man terus sambung menikmati makanan beliau dan mengangguk tanda faham renungan aku...
Aku pun menyambung perbualan tadi....
Bersambung...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
06.04.2014

IPOH DIKALA PETANG
Tatkala hujan di bandar timah petang tadi, selepas selesai urusan mengambil foto dari kedai Chan Sam Lock,
Aku parkir kereta Mercedes Benz 200 convert AMG ayah mertuaku dengan cemerkap, maklumlah, biasa bawak nissan sunny ja. Nissan Sunny aircondnya rusak, kupinjamlah kereta itu. Ramai gadis2 seberang memerhatikan aku. Maaf, aku bukan mencari nahas...dan bukan itu intisari cerita aku...
Disambungkan kembali, setelah selesai urusan tersebut, aku masuk kedalam sebuah restoran yg asing bagi aku, aku bercadang untuk memesan air suam, namun gagal...
Mohammad Faizal bin Musa! Terdengar namaku dipanggil umpama dipanggil oleh misi untuk giliran mencabut gigi di hospital kerajaan...
Ah, Abdul Rahman bin APE AKU LUPA! Sahutku kembali...Lantas perkataan pertama yang keluar dari mulutnya sambil menarik kerusi tanpa dijemput,
"Betui ke peje, ang dah brenti koje pos?"...
Ah, cilake...bentak hatiku...kenangan silam yang inginku hapuskan dengan kuasa nuklear supaya menjadi seperti bandar Chernobyl, dia pula nak bangkitkan kembali...
Bersambung...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
5.04.2014

SEPETANG DENGAN ANAK MUDA KAMPUNG RPT CHEPOR
Tatkala khuysuk membasuh motokar dan skuter di hadapan rumah, tiga orang budak berbasikal yg dibawa bersama plestik bag sambil :
"Bang, bang nak beli ikan kering bang"...
"Takpe dik, terima kasih"...
Terus mereka berkayuh pergi...
Respek!
kecil2 dah pandai berniaga, sambil jalan2 sambil cuba menjual...
Tiada apa yang nak dimalukan.
Aku doakan anak2 ni besar nanti tak jadi bomoh berwawasan atau kaki rave....
Syukur Malaysia masih aman
Catatan asal Facebook
19.03.2014

Subscribe to:
Posts (Atom)