Friday, 27 June 2014

MONOLOQUE MUZIKA KU

Kisah dan kenangan

Minggu lepas....
Terserempak dengan kawan lama, Halil Tasek dekat A.K Bercham teringat cerita 17/18 tahun dulu. Dia mentor gitar aku, walaupun kami main tak sepower budak2 Bodysurf dan sewaktu dengannya ketika itu namun era 90an' adalah dimana zaman remaja tidak melangut lagi di siber kafe sebagai hiburan dan menjadi keyboard warrior sebagai kayu ukur pengetahuan umum.

Simpan duit belanja sekolah semata2 nak berjamming, tak cukup duit, ajak kengkawan tong2 dan bagi join tengok sekali. Cari zine2 indie yg tahap sadis printingnya sebagai influence dan line up yang tangkap muat untuk jamming.

Bermula dengan OAG anthem "60's Tv" belajar main 3/4 power chords kemudian antara lagu wajib, "Fgment Thy Gift", "Fourth Night Of Revelation", dan lagu2 Nirvana manakala lagu pengambil hati kengkawan yg menonton, "Bujang Senang" dan "Lena diulit Intan". Boleh sing along kate deme.

Beralih ke zaman The Pilgrims dengan lagu "Grief", "Runaway Cover" dan sikit2 lagu britpop...

Tahun 1997, berpindah sekolah SMKJT Ipoh dari SMC Chemor, kenal dengan Along Mohd Hamizal B. Razali, dengan dia banyak influence dari Band Butterfinggers dan (Silverchair?)

"Girl Friday", "Stolen", "Faculty Of Mind" dan macam - macam lagi...

Adik beradikku semuanya bermain muzik, walau bukan secara pro, minat pada seni itu mungkin dari dalam darah kami. Dari abangku Zaini, Abangku Izam yang bersama abang Semang a.k.a abang Azman Md Nayan di zaman hujung 80'an.

Ironinya, aku tak pernah jamming bersama abang2 aku sendiri, kecuali Munis Musa itupun 2/3 kali sahaja sehingga ke hari ini, padahal dia adalah banyak beri pengaruh dengan pelbagai genre muzik hingga yang terakhir eksperimental muzik SPACE GAMBUS EXPERIMENT. Dia kini bersara.

Aku juga dah "gantung gitar', dan boleh kata dalam berempat beradik lelaki, aku paling kurang dari skill dan teknikalnya. Abang2ku kini banyak mengabdikan diri kepada Allah swt....

Aku pun harap begitu juga, mungkin zaman dah berlalu barangkali...

Artikel asal Facebook Faizal Musa
04.06.2014

No comments:

Post a Comment