Sambungan...
Aku lipat kembali harian metro itu, cukup sudah bahagian sukan, walaupun muka hadapan metro terpampang gambar keseksian Che Ta, tak memberi kesan terhadap genius seperti aku.
"Okay lah Man, aku terus terang je la, aku minat fotografi. Isteri aku pun merestuinya, cuma pesannya, jangan dah kaya nanti pergi enjoy ke sempadan siam udah."
Man memberi reaksi kurang selesa,tergigit cili agaknya. Jaga2 Man, makan luar selalu sangat ni boleh pedih ulu hati.
"Man, ingat tak zaman kita mula2 dapat lesen moto dulu, sape yg tukang nangkap gambo trip kite dari Ipoh ke Lumut? Kome sekupang pun tak tong - tong, tp tak sabo2 suh aku cuci kodaknya..."
"BANYAK KALI TAU! BANYAK KALI!"...penuh ekspresi mukaku, berubah intonasi disulami gaya persis ahli politikus berkempen menjelang pilihanraya.
"Tapi, aku penah berkire dengan mengkome dak?..." Kembali aku tenang,
"Ade aku marah kome, takdan aku nak puas belek, udah kome berebut ngambik gambo kome sekor2. Ade aku marah...idakkkk..."
Aku lihat Man berubah, sisi sensitifnya mula terserlah, banyak sangat karaoke lagu spoon,scoin agaknya.
"Aku tau ko minat yop, tapi buleh survive ke, boleh hidup ke bidang ni?..."
Aku nampak niat Man baik, dia takut aku gagal dan terjerumus dalam kegagalan barangkali.
"Chor, rezki ni hak Allah swt, kite kene berusaha..."
"Macam aku cakap tadi, orang asing boleh survive kat Malaysia, apatah lagi kita rakyatnya..."
Aku tak mahu berbual panjang lagi, maklumlah Mercedes Benz ayah mertuaku yang empunya, aku perlu memulangkan secepat mungkin, jika tidak nanti mengudang masalah untuk ayah mertuaku bermain badminton dengan rakan2nya. Kalau ditoreh kulit bapa mertuaku, pasti keringat badminton yg mengalir keluar. Kira okaylah dari taksub dengan teropong dan kelapa...
Aku melabuhkan punggungku dari kerusi plastik, Man pun sudah menghabiskan mee ape ntahnya...Suasana asing di restoran ini masih tidak berubah.
Sesudah bersalaman dan ingin meninggalkan Man....
"Kita orang Malaysia ni, kalau jumpa lubang tengah jalan, berbakul2 mengata dan menghina org yg bertanggungjawab atau sesiapa sahaja yg menguruskannya, walhal sebagai Islam, jika kita menutup dan memberi amaran tentang lubang tu dah dapat pahala jariah kita, sebab berbakti kepada masyarakat, rezki jugak tu..." Aku berkias...
"Jadi Man, jangan skeptikal, aku dulu pun macam mike gak...jumud, kalau tak makan gaji,mati....kita lupa kuasa sang pemberi rezki"....
"Cume jangan malas, dan tak berdisplin, tengok mat - mat Nepal ni, siap bukak restoran lagi kat tengah2 pekan, dan mike pulak steady je hirup kuah mee dia, dah makan jangan was - was pulak...."
Assalamualaikum...
Berlaluku pergi meninggalkan Man di hadapan restoran nepal sebaris kedai Chan Sam Lock. Sempat aku melihat Man sebelum memasuki kereta, muka Man pucat lesi...
Man, man....
Tammat
Artikel asal Facebook Faizal Musa
07.04.2014
No comments:
Post a Comment