Usai solat maghrib di surau RPT, baru sahaja Imam Pak Ali Payung memberi salam kedua, bingkas Fakhrul bangun untuk keluar dari surau, ditenung tajam dan diberi isyarat oleh Pak Hashim, bermaksud berdoalah dulu. Fakhrul libang - libu, tapi atas isyarat otai kampung, duduklah jua si Fakhrul kembali menadah tangan memohon kepada yang maha Esa. Jangan main gila dengan otai - otai kampung sebegini, mereka ni dululah membanting tulang membuka setinggan sekitar kampung Seri Klebang ini satu ketika dahulu.
Setelah doa ringkas, ketika imam dan makmum masih lagi berwirid, Fakhrul menunduk meminta izin mengundur diri, isyarat ok oleh Pak Hashim menyenangkan hatinya. Sebelum beredar keluar, Fakhrul membisikkan ditelinga Pak Hashim, " Time kasih pak Ein, nanti saya dengan Poji dan Keden cuci kolah surau ye...". Terus Fakhrul meninggalkan surau tersebut.
"Preng, peng peng..." motor honda cup c70 dengan karburator bukak angin dan ekzos potong memecah hening senja RPT Chepor, Fakhrul memulas 'throttle' sekuat mungkin, ketika itu motor Fakhrul tidaklah setanding dengan motor otai2 seperti motor Din Ali Basah, motor Botak wak Rasid dan apatah lagi motor dak dak Man Bengong, namun sebagai tradisi kampung, permulaan motor pawer kena bukak angin, bukak anginlah jualah Honda cup c70 Fakhrul itu.
"Alhamdulillah, line clear..." berkata Fakhrul, melihat talipon awam tidak digunakan lagi, dia tahu lepas maghrib bukan waktu 'peak period' penggunaan talipon awam. Sambil mengorek - ngorek celah songkok sebagai tempat simpanan syiling. Sekupang ditaburkan kedalam perut talipon awam itu. Tiba - tiba,
"Ah, mase ni lah pulak kau nak tersekatttt, aku dah la bawak sekupang je ni!" bentak Fakhrul, sambil menghentak - hentak talipon tersebut, perkara stendet juga dilakukan pabila talipon menelan duit penggunanya. " Cilake, kalau aku beli UNIPHONE KAD seploh hengget pun takpe camni "....rungut Fakhrul penuh derita.
Rezeki Fakhrul, duit sepuluh sen nya tadi jatuh dari perut talipon itu setelah hentakan bertubi -tubi dilakukannya, dikutipnya kembali, sambil mengaplikasi teknik - teknik rare memasukkan syiling ke dalam talipon awam untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi, kali ini dia berjaya.
Nombor di dail penuh hati - hati, 291XXXX
"Tut, Tut, Tut, Tut...Hello, Asalamualaikum.." suara ayu Fatimah menjawab talipon, bergetar seluruh tubuh Fakhrul mendengar ungkapan salam itu,
Fakhrul pun membalas dengan nada gemuruh...
"Waala..Waalaikumsalam, Fa..Fatimah ke ni?".
"Ya saya, siapa tu ye?" Fatimah membalas.
"Fak, Fak, Fakhr...." belum sempat Fakhrul mengabiskan ayatnya ...
"Eii, tak senonohnya!!" terus Fatimah meletak talipon...
Fakhrul facepalm, "Hadoi, apsal la aku ni gabra pulak, maleh betoi nak korek tabung ambik duit syiling ni..."
Duit yg disimpan tak seberapa tu sebenarnya hanyalah untuk membeli karburator TX 2nd dan juga kasut bola kain Foong Keong.
Hampa Fakhrul, sayang sekali skill dipadang bola tidak selancar kata - kata dari mulutnya, namun Fakhrul tidak berputus asa. "Takpe, besok balik sekolah aku try ajak dia makan laksa kat kedai Koboi..."
Bersambung...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
24.06.2014
No comments:
Post a Comment