Saturday, 28 June 2014

BISKUT RAMADHAN UNTUK SYAWAL

Bulan Ramadhan adalah bulan pesta, pesta makanan yang akan menyempurnakan segala ibu nafsu ketika itu. Di kala malam pula, berebut - rebutlah umat manusia mengerjakan solat sunat Tarawih bagi mengumpul dana akhirat selama seminggu setengah seadanya. Begitu jua bagi pengemar mengumpul dana dunia.

Bohonglah kalau aku juga tidak terkecuali, walaupun niat kita kukuh dan gigih semata - mata mengabdikan diri kepadaNya, namun cabaran di atas adalah perkara lumrah. Berniaga di bulan Ramadhan ni juga keuntungannya duniawinya lebih baik dari bulan - bulan yang lain. Ini satu lagi dugaan yang Sang Pencipta beri kepada kita. Beraneka jenis makanan yang tak jumpa masa bulan - bulan Islam yg lain dan hanya jumpa pada bulan Ramadhan sahaja, sebagai contoh, aku ambil kesah biskut raya.


" Jai, akak ade kueh Almond London...murah ajeee"....Kak Biah.

" Bro, mau Chelsea Sprinkles, sedap bhai, bini wa bikin... " Pakcik Abu Drebar Bas.

" Sahabat, mau try kuih Suarez Bites tak?...raya kali ni mesti best kalau kau ada biskut ni..." Peminat Suarez.

Antara dialog wajib menjelang puasa ini, cuma tambah sarkastiknya sahaja. Arwah mak aku dulu pun buat kuih juga menampung hidup kami sekeluarga, tapi sekadar kuih bangkit/bakar dan kerepek bawang je lah... nama pelik - pelik ni arwah mak aku tak pernah terpikir pun. Aku pun ingat kalau nak bikin biskut raya, aku nak namakan ' biskut kaler - kaler lawa rasa giler sedapnyer ' atau " Kerana Terpaksa Aku Relakan Sedap Rasa " atau " Sebenarnya Itu Biskut Aku ". Aku juga rasa dekad ini nama kuih atau biskut raya perlulah lebih hip, kewl dan menarik minat remaja untuk menjamahnya dan berselfie dengannya seperti,

SAP KOK LU ( Batang Burok )

ITE UKE KIT KIT ( Dodol )

SOME WAT ( Samprit )

TARRIZZZ ( Tat Nenas )


Kreatif bak hang!

Tujuan aku merepek disini bukan untuk mengutuk atau mengata orang yang mencari rezki dengan menjual kuih atau biskut raya, sebab aku coretkan tadi, arwah emakku juga begitu dahulu. Cuma dalam Islam ada kesederhanaan, manakala dalam Melayu ada kebudayaan. Ada perkara elok dimodenkan, atau perkara elok dikekalkan, itulah jati diri dan budaya anak bangsa. Selain satu masa nanti pupusnya konda - kondi, galah panjang dan sebagainya pupuslah juga kuih - kuih dan biskut - biskut turun temurun nenek moyang kita.

Untuk moral keagamaan, sila rujuk blog atau guru yang pakar dalam bidang Islam yang menyediakan fakta dan nas - nas Al -Quran. Saya bukan ostad Google atau ostad Facebook nak kopipes masuk dalam sini tanpa study semata - mata mencari likers berjuta - juta supaya diminati.

Akhir kata, kalau buat sarang semut, janganlah guna cokelat Cardbury, gunakalah Van Houten!

Viva Ramadhan! Ahlan Wah Sahlan Ya Ramadhan!

LIKE if you MUSLIM, COMMENT if you NOT...eh wait? it's not Facebook is it?

Cilake punye Batak Likers