Friday, 27 June 2014

RESAH GELISAH DI MAMAK NAINA

"Kadangkala nak bagi ilmu pun kena merayu, jujurpun dikata sombong"...keluh aku

"Apenye Pejai, tetibe je..." tegur Atan yg sedang menikmati mee goreng.

"Entahlah Tan, aku kadang2 bior deme kate sombong tak ngape, dari bagi ilmu tapi idak juge dihormat pun deme"....dengan nada sayu dan pilu dihiasi dengan bunyi pengulas gusti di tv di restoran mamak Naina.

Hari ni saja dah tiga kali aku melepak disana, pertama waktu tengahari bersama si kacak Zam, berbadan kecil tapi kemas pakaiannya, talipinggan pun berkilat, dia sapu guna pengilap kiwi barangkali. Kedua pulak, lepas asar dengan si Izni, berdebat aku kejap dengan dia, dan yang ketiga kali pula dengan si Atan yang nampak kurang pintar tapi kerja di oversea sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat di UK, katanya lah...kalau dia tukang sapu, maknanya dia menipu aku.

Lamunan ku tersentak lalu ku mendongak....gemuruh rasa...
Atan pun menyambung ungkapannya...

" Ala, Pejai, aku kenal sangat ang la, ang jenis suka nolong dan tak kedekut ilmu, tapi kadang2 orang take for granted dengan ang..." penuh dengan slang South London Atan berbahasa Inggeris.

" Ang pun jangan straight foward sangat...nampak ketidakpuashatiannya..."

" Macam nilah Pejai, sebagai kawan lama, aku nasihatkan kat ang, stick to your original plan, no more setback, no more diversion, do your best forget the rest..." tenang je si Atan ni berbahasa Inggeris dengan aku, sambil menampakkan cili di celah giginya...

Tapi betul juga kata Atan ni, kadang - kadang kita terlalu memikirkan orang lain, sampai matlamat asal kita terbantut.


Artikel asal Facebook Faizal Musa
12.06.2014

No comments:

Post a Comment