Friday, 22 August 2014

AKU DAN 'HIJRAH' PERTAMAKU

"Dah makin tua dah kita ni adik..." antara kata - kata abangku Munis setiap kali aku berbual dengannya.

Aku pun rasa dah semakin tua, kadang - kadang aku alpa bila berbual dengan kawan - kawan. Rasa nak 'slow down" pun ada. Rasa nak balik ke zaman di mana vespa dan kamera kompak peneman setia, masjid dan surau tempat persinggahan utama. Kembali 'Lone Ranger' sambil menikmati keindahan alam ciptaan yang maha Esa.

Aku teringat satu kisah penghijrahan pertama aku dari kampung halaman. Berbekalkan duit kerja kilang kicap cina Bercham semasa menunggu keputusan SPM, aku dapat membeli sebijik Vespa Super 150 warna hijau Petronas. Motor pertamaku, nombor pendaftaran apa aku dah lupa. Murah je zaman tu RM800 tip top siap tukar nama, tapi aku yang bodoh tak tukar - tukar sampailah 'hilang'.

Awal tahun 2000 masa tu, akibat tekanan remaja seperti aku ni, oleh seorang hamba Allah sebagai abang (bukan abang aku yang ucapkan kata - kata di atas). Aku mula berkelana dengan vespaku, asal tiada tujuan, aku ke Kuala Kangsar, Kampung Pecah Batu, Manong untuk melawat arwah mak saudara dan saudara - saudara yang lain. Bermalam sehari dan terus ke Teluk Batik keesokkannya tanpa tujuan. Ditahan JPJ sebab tak pamerkan lesen L, masa tu aku masih lesen L, aku siap tipu kata vespa ni Pak sedaraku yang empunya, fuhh lega, lepas. Maaf pakcik JPJ. Masa aku lepak di kawasan Tronoh, aku dapat satu idea, baik aku cari abangku Munis di UiTM Shah Alam, lepak dengan dia.

Aku nekad, tiada nombor telefon Munis masa tu, aku beranikan diri gerak ke Shah Alam dari Ipoh, Tronoh lebih tepatnya. Aku sendiri macam tak percaya boleh lepas dengan vespa hijauku, tapi semuanya dengan izin Allah swt jualah adanya. Part yang paling best, aku langsung tak tahu mana abang aku si Munis ni tinggal, hanya berbekalkan seksyen 23/24 Shah Alam tak salah aku, aku melilau mencari beliau. Bayangkan, umur baru 17 1/2 bermotorsikal mencari vespa hitam Munis, ya, dua je 'guide' aku.
1. Seksyen 23/24
2. Vespa Hitam Munis
Ya, sebelum aku sampai aku sesat kat kawasan Batu Tiga, siap berhenti tepi bus stop tanya seorang kakak, dengan takutnya kakak tu tunjuk arah tuju pada aku, ingat lagi malam hari lebih kurang jam 9 lebih, tapi Alhamdulillah juga dia nak tolong. Kembali ke misi mencari rumah Munis, ternyata aku gagal, aku mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah surau. Tidur - tidur ayam, nyamuk sebagai peneman setia, fitrahnya mencari makan untuk dirinya. Sebelum subuh aku mencari kembali rumah Munis, masa tu takde perasan malu atau apa - apa, matlamat aku sangat jelas dan dengan fokus yang jitu kena cari rumah Munis. Malam sebelum tidur disurau aku bertanya brader-brader 'student' lepak kenal ke Munis pakai Vespa Hitam sampailah ke sebelum subuh tersebut bertanya kepada seorang brader yang mengelap kereta barunya, namun hampa. Aku balik ke surau, check dompet, duit tinggal RM5, minyak dah nak habis melilau mencari Munis.

Aku keluarkan semua pakaian aku dari beg galas sekolah dan sumbat dalam peti vespa, aku tak peduli pakaian aku bercampur dengan bau minyak 2T, yang penting aku kena jalankan plan B, gerak ke Kajang, minta bantuan dari kakak aku untuk misi mencari Munis kembali. Aku nak jual beg sekolah aku yang lusuh tu untuk duit minyak ke Kajang. Usai solat Subuh berjemaah di surau aku bermalam, aku mendekati seorang brader yang kemas berbaju kemeja, masa tu aku tiada langsung perasaan malu, lantas terus aku bertanya...
"Assalamuailakum bang, abang nak beli tak beg saya? saya Faizal dari Ipoh, nak cari abang saya tapi tak jumpa rumahnya, sekarang ni saya tiada duit nak ke Kajang, cadang nak cari kakak saya pulak. Maaf saya takde barang yang berharga lain untuk dijual."
Brader tersebut tanpa sebarang soalan terus mengeluarkan duit dari dompetnya dan memberikan aku RM25. Aku ingat lagi nilai tu, dia kata tak perlu bagi beg tu, simpanlah, semoga Allah merahmatinya sentiasa. Brader tersebut adalah brader yang mengelap keretanya sebelum subuh tadi. Mungkin beliau percaya yang aku ni benar - benar mencari abang aku.

Aku terus ke Kajang, kira - kira 35 kilometer dari Shah Alam, highway LDP masa tu dalam pembinaan. Sunyi sepi jalan tu. Setibanya aku di Kajang, arwah mak sudah terpacul di daun pintu menantiku, naluri ibu yang hebat. Macam tahu aku sampai, doanya makbul, mahukan anaknya selamat. Lepas sarapan aku, terus tidur dengan lenanya....
Ibu aku mengambil bas untuk ke Kajang, dia tahu pasti aku ke Kajang, sebab aku takkan dapat jumpa Munis. Mak memang paling terbaik, walau dalam hati aku yakin beliau risau keselamatan anaknya, namun beliau merestui perjalanan aku mencari Munis....

the rest is history...

Apa yang aku ceritakan ini bukanlah nak menunjuk yang aku ni susah atau baik atau nak poyo umur 17 1/2 dah naik motor sorang - sorang ke Shah Alam tapi mengimbau kenangan lalu dan kongsikan dalam entri kali ini, ada manusia diluar sana yang lebih power 'adventure'nya.
Sepertimana quote abangku Munis di atas, aku rasa aku kena slow down dengan semua benda dan kembali mencari 'adventure' mendekatkan diri dengan yang maha Esa.
Jika izin Allah sempat menjangkau 40, takkan aku nak sia-siakan. Moga sebelum 40 aku pergi, aku sempat bertaubat dan terus bertaubat.


Bunyian peneman ketika itu

No comments:

Post a Comment