Usai solat maghrib di surau RPT, baru sahaja Imam Pak Ali Payung memberi salam kedua, bingkas Fakhrul bangun untuk keluar dari surau, ditenung tajam dan diberi isyarat oleh Pak Hashim, bermaksud berdoalah dulu. Fakhrul libang - libu, tapi atas isyarat otai kampung, duduklah jua si Fakhrul kembali menadah tangan memohon kepada yang maha Esa. Jangan main gila dengan otai - otai kampung sebegini, mereka ni dululah membanting tulang membuka setinggan sekitar kampung Seri Klebang ini satu ketika dahulu.
Setelah doa ringkas, ketika imam dan makmum masih lagi berwirid, Fakhrul menunduk meminta izin mengundur diri, isyarat ok oleh Pak Hashim menyenangkan hatinya. Sebelum beredar keluar, Fakhrul membisikkan ditelinga Pak Hashim, " Time kasih pak Ein, nanti saya dengan Poji dan Keden cuci kolah surau ye...". Terus Fakhrul meninggalkan surau tersebut.
"Preng, peng peng..." motor honda cup c70 dengan karburator bukak angin dan ekzos potong memecah hening senja RPT Chepor, Fakhrul memulas 'throttle' sekuat mungkin, ketika itu motor Fakhrul tidaklah setanding dengan motor otai2 seperti motor Din Ali Basah, motor Botak wak Rasid dan apatah lagi motor dak dak Man Bengong, namun sebagai tradisi kampung, permulaan motor pawer kena bukak angin, bukak anginlah jualah Honda cup c70 Fakhrul itu.
"Alhamdulillah, line clear..." berkata Fakhrul, melihat talipon awam tidak digunakan lagi, dia tahu lepas maghrib bukan waktu 'peak period' penggunaan talipon awam. Sambil mengorek - ngorek celah songkok sebagai tempat simpanan syiling. Sekupang ditaburkan kedalam perut talipon awam itu. Tiba - tiba,
"Ah, mase ni lah pulak kau nak tersekatttt, aku dah la bawak sekupang je ni!" bentak Fakhrul, sambil menghentak - hentak talipon tersebut, perkara stendet juga dilakukan pabila talipon menelan duit penggunanya. " Cilake, kalau aku beli UNIPHONE KAD seploh hengget pun takpe camni "....rungut Fakhrul penuh derita.
Rezeki Fakhrul, duit sepuluh sen nya tadi jatuh dari perut talipon itu setelah hentakan bertubi -tubi dilakukannya, dikutipnya kembali, sambil mengaplikasi teknik - teknik rare memasukkan syiling ke dalam talipon awam untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku lagi, kali ini dia berjaya.
Nombor di dail penuh hati - hati, 291XXXX
"Tut, Tut, Tut, Tut...Hello, Asalamualaikum.." suara ayu Fatimah menjawab talipon, bergetar seluruh tubuh Fakhrul mendengar ungkapan salam itu,
Fakhrul pun membalas dengan nada gemuruh...
"Waala..Waalaikumsalam, Fa..Fatimah ke ni?".
"Ya saya, siapa tu ye?" Fatimah membalas.
"Fak, Fak, Fakhr...." belum sempat Fakhrul mengabiskan ayatnya ...
"Eii, tak senonohnya!!" terus Fatimah meletak talipon...
Fakhrul facepalm, "Hadoi, apsal la aku ni gabra pulak, maleh betoi nak korek tabung ambik duit syiling ni..."
Duit yg disimpan tak seberapa tu sebenarnya hanyalah untuk membeli karburator TX 2nd dan juga kasut bola kain Foong Keong.
Hampa Fakhrul, sayang sekali skill dipadang bola tidak selancar kata - kata dari mulutnya, namun Fakhrul tidak berputus asa. "Takpe, besok balik sekolah aku try ajak dia makan laksa kat kedai Koboi..."
Bersambung...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
24.06.2014
Friday, 27 June 2014
KISAH BOLA DAN CINTA BAHAGIAN SATU
Padang R.P.T Chepor, berhadapannya terletak surau kampung. Fakhrul dan rakan2 sekampung rancak bermain bola disitu. Dia merupakan seorang pemain sayap kiri, biasalah kan, team kampung, winger pun empat orang belum lagi midfield, striker koman2 lapan, defend je sorang nyembang dengan keeper bersarungkan selipar sebagai glove.
Fatimah, gadis kampung idaman Malaya, rambut mengurai jika ditiup angin menyerikan lagi wajahnya, liuk lenggok dan tutur katanya lembut sekali, stended gadis kampung drama melayu.
Setiap petang, setiap kali Fatimah mengayuh basikal sepanjang jalan antara surau dan padang itu, matanya akan melirik2 jejaka2 kampung bermain bola. Kebetulan pada satu petang, Fakhrul yg pada mulanya selalu 'cop' di sebelah kiri, beralih ke sebelah kanan, bagi memudahkannya 'show off' skill Zidane dengan hajat menambat hati Fatimah.
Alangkah indah petang itu, team Fakhrul kena dulu, secara otomatisnya team dia kena buka baju bagi membezakan pihak lawan. Berbekalkan badan sedap2 mata memadang, umpama memandang kayu tiang gol, Fakhrul mengikat bajunya kepinggang. Fatimah seperti biasa pun lalu sambil melirik2 mereka yg bermain bola. Fakhrul mula menunjukkan skillnya sambil dikerumuni 7 sayap kiri pihak lawan. 'Bam, bam, piap, huak! Lepas kesemuanya, lalu Fakhrul membuat hantaran lintang ke arah pintu gol, tandukan cantik Kudin Fowler, golll! Sempat Fakhrul melihat ke arah Fatimah yang senyum kepadanya...
" Yes, dia senyum kat aku!, malam ni aku nak talipon dia juga, dah lama dia memendam perasaan kat aku ni, aku yakin, seyakin pengurus England! "....melantun jiwanya, sementara Fakhrul mengelamun meleret dengan perasaan sambil jasadnya melihat arah surau, sudah empat gol dibalas oleh pihak lawan dan dua gol oleh pihaknya.
Pada malam itu, berbekalkan syiling sekupang dan bersaksikan 'public phone' di kedai warung wak sakip, Fakhrul memberanikan diri menalipon rumah Fatimah....
Bersambung....

GADIS HOT!
Seorang rakanku ternampak kecantikan seorang gadis berhampiran kami...
" Jai, hot la awek tu...cunnn siottt! "
" Lagi hot dia ' kat sana ' nantikan? "....sambil hati menahan sebak dengan liuk badannya...
Seraya itu, tunduklah rakanku memintal - mintal tisu sambil mengumat - ngamit mulutnya, tidak pasti samada bertasbih, beristiqfar atau menyumpah aku kerana mengendurkan syahwatnya.
" Ala rilek la bro, dengan kau je aku jadi yizulmik ni, xde kau tadi kelaut gak aku "...aku cuba merealitikan keadaan semasa.
*sebenarnya aku tersangatlah lapor jadi tidak bernafsu melihat gadis kerana nafsu makan telah mengatasinya.
Selamat berpuasa...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
20.06.2014

RAMDAN DAN ABANG MAN JHEOA
Tatkala Ramdan membelek pc pejabatnya seraya beliau berkata...
" Abang Man, Lawo betoi saye nengok Felixia Yeap ni berhijab, sejuk mate mandangnya..."
" Kalaulah dia jadi isteri saya, Insha Allah saya bimbingnya hingga ke Jannah."....sambung Ramdan dengan penuh bersemangat.
Abang Man yang pada mula asyik membaca Harakah, meletakkan surat khabar politik tersebut sambil menjawab...
" Ala Ramdan, tak payah tunggu Felixia Yeap, Shiru anak Jap orang asli Kuala Terla tu dekat je, baru minggu lepas nampak dia makan tupai golek masa abang buat pemantauan di kampung deme tu, kau tarbiyah la kejalan yang benar...."
" Kau tu sebenarnya nafsu yang lebih...." Abang Man pun beredar sambil menyalakan rokok Manchester.
Sunyi sepilah Pejabat JHEOA Cameron Highlands dengan bunyi cengkerik dan unggas.
Artikel asal Facebook Faizal Musa
11.06.2014

RESAH GELISAH DI MAMAK NAINA
"Kadangkala nak bagi ilmu pun kena merayu, jujurpun dikata sombong"...keluh aku
"Apenye Pejai, tetibe je..." tegur Atan yg sedang menikmati mee goreng.
"Entahlah Tan, aku kadang2 bior deme kate sombong tak ngape, dari bagi ilmu tapi idak juge dihormat pun deme"....dengan nada sayu dan pilu dihiasi dengan bunyi pengulas gusti di tv di restoran mamak Naina.
Hari ni saja dah tiga kali aku melepak disana, pertama waktu tengahari bersama si kacak Zam, berbadan kecil tapi kemas pakaiannya, talipinggan pun berkilat, dia sapu guna pengilap kiwi barangkali. Kedua pulak, lepas asar dengan si Izni, berdebat aku kejap dengan dia, dan yang ketiga kali pula dengan si Atan yang nampak kurang pintar tapi kerja di oversea sebagai jurutera mekanikal di sebuah syarikat di UK, katanya lah...kalau dia tukang sapu, maknanya dia menipu aku.
Lamunan ku tersentak lalu ku mendongak....gemuruh rasa...
Atan pun menyambung ungkapannya...
" Ala, Pejai, aku kenal sangat ang la, ang jenis suka nolong dan tak kedekut ilmu, tapi kadang2 orang take for granted dengan ang..." penuh dengan slang South London Atan berbahasa Inggeris.
" Ang pun jangan straight foward sangat...nampak ketidakpuashatiannya..."
" Macam nilah Pejai, sebagai kawan lama, aku nasihatkan kat ang, stick to your original plan, no more setback, no more diversion, do your best forget the rest..." tenang je si Atan ni berbahasa Inggeris dengan aku, sambil menampakkan cili di celah giginya...
Tapi betul juga kata Atan ni, kadang - kadang kita terlalu memikirkan orang lain, sampai matlamat asal kita terbantut.
Artikel asal Facebook Faizal Musa
12.06.2014

MONOLOQUE MUZIKA KU
Kisah dan kenangan
Minggu lepas....
Terserempak dengan kawan lama, Halil Tasek dekat A.K Bercham teringat cerita 17/18 tahun dulu. Dia mentor gitar aku, walaupun kami main tak sepower budak2 Bodysurf dan sewaktu dengannya ketika itu namun era 90an' adalah dimana zaman remaja tidak melangut lagi di siber kafe sebagai hiburan dan menjadi keyboard warrior sebagai kayu ukur pengetahuan umum.
Simpan duit belanja sekolah semata2 nak berjamming, tak cukup duit, ajak kengkawan tong2 dan bagi join tengok sekali. Cari zine2 indie yg tahap sadis printingnya sebagai influence dan line up yang tangkap muat untuk jamming.
Bermula dengan OAG anthem "60's Tv" belajar main 3/4 power chords kemudian antara lagu wajib, "Fgment Thy Gift", "Fourth Night Of Revelation", dan lagu2 Nirvana manakala lagu pengambil hati kengkawan yg menonton, "Bujang Senang" dan "Lena diulit Intan". Boleh sing along kate deme.
Beralih ke zaman The Pilgrims dengan lagu "Grief", "Runaway Cover" dan sikit2 lagu britpop...
Tahun 1997, berpindah sekolah SMKJT Ipoh dari SMC Chemor, kenal dengan Along Mohd Hamizal B. Razali, dengan dia banyak influence dari Band Butterfinggers dan (Silverchair?)
"Girl Friday", "Stolen", "Faculty Of Mind" dan macam - macam lagi...
Adik beradikku semuanya bermain muzik, walau bukan secara pro, minat pada seni itu mungkin dari dalam darah kami. Dari abangku Zaini, Abangku Izam yang bersama abang Semang a.k.a abang Azman Md Nayan di zaman hujung 80'an.
Ironinya, aku tak pernah jamming bersama abang2 aku sendiri, kecuali Munis Musa itupun 2/3 kali sahaja sehingga ke hari ini, padahal dia adalah banyak beri pengaruh dengan pelbagai genre muzik hingga yang terakhir eksperimental muzik SPACE GAMBUS EXPERIMENT. Dia kini bersara.
Aku juga dah "gantung gitar', dan boleh kata dalam berempat beradik lelaki, aku paling kurang dari skill dan teknikalnya. Abang2ku kini banyak mengabdikan diri kepada Allah swt....
Aku pun harap begitu juga, mungkin zaman dah berlalu barangkali...
Artikel asal Facebook Faizal Musa
04.06.2014

KENANGAN SETINGGAN
Sedang tenang bertugas di Salak ni, terjumpa dengan Cik Li dan Cik Ro, berhenti seketika sambil makan bersama, dan berbual mengimbau kenangan lama. Mereka ni jiran bersama2 tinggal di Setinggan D Kg Seri Klebang. Hidup dalam serba kekurangan tanpa keperluan asas namun masih seronok bersama umpama satu keluarga besar. Dari kesusahanlah datangnya kreativiti, datangnya persamaan dan ukhwah. Anak2 sekitar bermain menggunakan apa yg ada disekeliling sebagai permainan, berkelah bersama dibawah pokok....
Long story short....kenangan terindah.
Teringat kepada Pak Jabo kawan baik zaman setinggan dan anakanda Pakcik Li dan Makcik Ro
Artikel asal Facebook Faizal Musa
01.06.2014

Subscribe to:
Posts (Atom)